httpszekzuafzalife.blogspot.com

Afgaanhealth

Saturday, June 29, 2019

Cara Mencerahkan kulit dalam masa yang singkat

  

Assalamualaikum beautiful people,!!... Untuk kali ini sis nak share cara mencerahkan kulit u guys dalam masa yang singkat dengan menggunakan bahan alami. Jangan salah faham ye,, tips ini lebih kepada kulit yang gelap disebabkan terdedah dengan cahaya matahati yang sangat kerap. Sis lebih suka share tips2 yang menarik dan berkesan, lebih-lebih lagi sis kaji dan mencuba dahulu sebelum sis share taww..

Untuk tips yang pertama :

1) Minum Air Mineral yang mencukupi

  Sis suka pesankan pada orang sekeliling sis, minum air masak atau air mineral secukupnya.. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau 3 liter sehari. Mengikut berat badan u guys taww...

      Antara sukatan air yang diperlukan mengikut jenis berat badan seseorang ialah :-
  • 40 - 60 kg        :  2 liter mineral / air masak
  • 60 - 80 kg        :  3 liter mineral / air masak
  • 80 - 100 kg      :  4 liter mineral / air masak
Sis sarankan u guys tinggalkan atau kurangkan minum air manis, sebab gula yang memberi effect seperti jerawat, kekusaman, penambahan berat badan dan selalu sakit kepala. Kebiasaanya sis kalau teringin sangat minum air manis yang sejuk tu, sis hanya minum dalam 3 sudu besar je.. hehehe hanya dapat merasa pun cukuplah.. urmmm,,! terasa pula ditekak ni, lagi2 air yang sejuk dan bergas..hehehe


Untuk tips yang kedua :

2) Melakukan Exfoliating


  • SCRUB
      Fungsi scrub sebenarnya adalah untuk mengurangkan minyak di dalam lapisan kulit dan menanggalkan sel kulit mati, memudarkan parut, Mengelakkan pori-pori tersumbat, dan memudahkan penyerapan produk pada wajah. U guys boleh beli produk scrub yang diuluskan oleh kkm atau di drugstore. Tetapi sis lebih suka pakai scrub yang dibuat dari bahan dapur yang ada di rumah seperti :-


  • Serbuk kopi / Teh    : Ditambahkan dengan sedikit air putih atau air mawar menjadi tekstur                                                       yang pekat.
  • Gula pasir                : Ditambahkan dengan air jus lemon.
Image result for scrub semula jadi untuk muka

      Amalkan scrub wajah 2 kali seminggu selepas penggunaan cleanser. Scrub sangat bagus untuk diamalkan satu hingga dua kali seminggu sahaja. Jika berlebihan ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak (calar). Jadi elakkan menggunakan scrub secara berlebihan dan scrub dengan secara lembut (gentle)..


Untuk tips yang ketiga  : 

3)  Menggunakan mask wajah

       Dalam kesebukkan kerja dan belajar, kita langsung tak sempat untuk merajinkan diri menjaga kulit muka kita kan.. Tapi kalau nak cantik dan awet muda, kita kenalah rajin. Baru la kita bangga dengan hasil kerja keras kita bila orang puji wajah kita nanti..

       Untuk memakai jenis mask juga perlu memilih dengan teliti dari sudut jenis kulit u guys,, jika salah pilih ia berkemungkinan kulit muka akan menjadi pedih kemerahan atau tidak memuaskan hasil produk tersebut..

Disini sis kongsikan beberapa jenis mask untuk setiap jenis kulit, antaranya :-


  • Kulit normal dan berminyak :-
     Untuk kulit normal kebiasaanya tidak cerewet dengan jenis produk yang dipakai u guys boleh pakai sheet mask atau bedak sejuk.


     Untuk kulit yang berminyak pula perlu memakai jenis produk yang bersesuaian untuknya, berkemungkinan ia boleh menambah lagi minyak dimuka. Untuk kulit berminyak sis sarankan pakai mask untuk effect menyerap lebihan minyak seperti clay mask atau menggunakan bahan didapur.

    Jadi sis sarankan memakai mask kunyit, caranya mudah :-

        ➤ - 2 sudu besar tepung beras
             - 1/2 sudu teh serbuk kunyit
             - 3 sudu besar air putih / air mawar

       Campurkan kesemua hingga merata dan oleskan ke wajah. biarkan ia hingga mengering selama 20 minit. Cuci setelah ia kering sepenuhnya..

* Mask kunyit ini juga boleh membantu untuk mengecutkan jerawat, menyerapkan minyak yang berlebihan dan mencerahkan kulit wajah juga taw...

  • Kulit sensitif dan kekeringan  :-

    Untuk kulit sensitif dan kekeringan sangat cerewet dengan jenis produk. Jadinya u guys perlu memilih dan meneliti bahan dan fungsi yang ada dalam produk tersebut. Untuk kulit sensetif dan kekeringan, kulit anda lebih memerlukan hydration yang tinggi. Jadi pilihlah jenis mask yang mempunyai bahan yang berfungi untuk hydrating seperti sheet mask aloe vera, cucumber dll lagi. asalkan bahannya berfungsi untuk hydrating ye..
  • Kulit kombinasi :-
     Untuk kulit kombinasi pula adalah salah satu jenis kulit yang memerlukan penelitian yang lebih dan memerlukan cost yang tinggi untuk membeli produk skincare, kerana kulit kombinasi ini adalah salah satu jenis kulit yang mempunyai area berminyak pada T-zone dan selebihnya adalah kulit kering jadinya, jerawat akan hadir pada kawasan T-zone dan adakalanya kulit wajah akan mengering dan mengelupas, macam ular salin kulit dahhh.. hahaha... Tapi jangan risau sis akan terangkan cara untuk mengelakkan terjadinya kulit mengelupas.

       Jika terjadinya kekeringan dan mengelupas pada kulit wajah, sis sarankan u guys apply mosturizer jenis cream dua kali sehari. Insya'allah kulit anda akan kembali elok seperti sedia kala....

       Untuk memilih jenis mask yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah sis sarankan memilih jenis mask yang berfungsi hydrating dan pada masa yang sama exfoliate bahagian T-zone dengan scrub bagi mengurangkan lebihan di bahagian T-zone tersebut dan juga menanggalkan blackhead di bahagian tersebut. Kalau u guys nak tahu, jenis kulit wajah sis juga adalah jenis kulit kombinasi. 


Jadi, sampai sini sahaja untuk blog kali ini,  Sis harap u guys dapat sedikit sebanyak perkongsian sis kali ini . Insya'allah sis akan menggigihkan diri sis untuk share lebih banyak lagi tips2 kecantikan dan kesihatan.....  have a nice day semua.. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Cara Mencerahkan kulit dalam masa yang singkat

   Assalamualaikum beautiful people,!!... Untuk kali ini sis nak share cara mencerahkan kulit u guys dalam masa yang singkat dengan meng...